This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Monday, June 12, 2017

Spring at Seoul, Korea - Namsan Tower (Day2 Part2)


Yeayy..jom sambung balik cite tetangguh tu.
Still lagi strory mory day 2 kat bumi Seoul yang indah nie.
Cerita Seokchon Lake dah habis.
Nak cite pasal Namsan Tower pulak.
Dari Jamsil tu, kitorang sampai guesthouse around 1.30pm.
Ngam2 memang lunch time.
sengaje je tau nak suruh makan lagi.
Nasib la bekalan kemanusiaan tu memang terlebih cukup kitorang bawak.
Jadinye, telan je la.
Macam biasa, Kak Long tukang prepare lunch.
I is tukang makan..hahahaa
heaven!!

 Lunch!!!


Tapi betol la, dalam cuaca2 sejuk nie memang best je makan.
perut tu lapor kemain.
kalo kat mesia tu around pukul 1pm ke 2pm tu memang panas bedengkang.
Kat sini time macam nie siap gigil2.
pastu hadap pulak air milo panas berasap2.
sedap siot!!
Kat mesia kalo hadap milo berasap time macam nie, 
buang tebiat pulak kaedahnye..hahahaha
Lepas siap makan solat semua kitorang pon siap2 la nak pegi Namsan Tower.
Namsan Tower tu dekat je ngan guesthouse kitorang.
jalan kaki je.
Tapi namanye pon tower kan?
so standby kaki yer, nak panjat bukit nie…kahkahkahh
matikklaaa nak oiii..
Namsan Tower nie one of the Seoul attraction la.
Ala2 KL Tower tu. Takpon macam Monas kat Jakarta tu.
Around 3.30pm kitorang gerak jalan kaki gi Namsan Tower tu.
Dari guesthouse tu pon dah nampak muncung tower tu.
So, kitorang follow tu je la..hahaha
senang kan?
signboard pon ade. 
Nak ke sana actually banyak je jalan.
Tapi aku ngan kak long malas nak amek risiko sesat barat.
So kitorang just jalan tepi2 je ikut jalan besar.
takde masalah nak belok kiri ke kanan ke.
tak payah nak senget otak.
Jalan susur2 naik bukit sikit terus sampai.
kalo dengar cite experience blogger lain, ramai yang sesat.
sebab dorang ikut jalan celah2 rumah orang.
dahlah penat sebab die naik bukit.
memang bole cramp kaki kalo tak ye2.
jadinye, aku tamo ikut cara tu.
better aku susur je jalan besar tu.
possibility sesat memang 0.01% la.
Sampai kat kaki bukit tu, kena naik elevator dulu.
kat situ korang tak payah nak menapak terok2 panjat bukit.
sampai atas baru beli ticket and tunggu cable car tu.

Dah beli ticket. Beli for to/fro. Tak payah susah2 nak pikir bila balik nanti.
If nak jalan kaki naik atas pon bole. Tapi aku tak sanggup.
Nanti kang penat, teros hilang mood. Bukit calang2 curam bukit tu ko nak daki even
semua jalannye tar cantik molek. Hishhh..idok ler...


Cable car tu bukan macam yang kat langkawi tu.
die besau bole masuk ramai2.
takde duduk2 eh. Sume berdiri je.
sambil2 tu korang bole tengok pemandangan bandar seoul yang cantik tu.
Dalam tu tak ingat pulak berapa lama.
Tapi kalo tengok from google map tu, perjalanan naik atas tu memnag panjang jugak.
Pastu bawah2 tu semua hutan belukar.
kalo masa winter mesti cantik kan?
takpon kalo aku datang awal masa full blooming sakura tu lagi gempak.
sure penoh dengan bunga2 je situ.


Bandar Seoul dari dalam cable car tu.


Bersesak2 dalam cable car tu. Tapi best jer..hahahahaa


Sampai atas tu memang masya allah, sejuknye.
aku ngan kak long memang dah ready pakai trenchcoat yang tebal sikit.
atas bukit kan?
ko dok bawah tempat rata pon dah gigil sejuk.
lagi la kat tempat tinggi macam tu.
Orang naik atas sebab nak naik namsan tower tu.
aku ngan kak long naik atas tu sebab nak tengok cherry clossom..hahahaa
ade jugak yang naik atas sebab nak main pasang padlock2 tu.
sori ler akuk nak buat gitu.
padlock tu dorang jual won8k - won10k.
rugi la weyyy.
baik aku wat beli makan2 or soping benda lain.
setakat beli padlock and gantung situ mcm klakar pulak.


Sampai kat check point tu, ko kena naik tangga sikit. mengah jugak..hahaha
tapi bila dah sampai atas, fuhh!! hilang mengah.
sebab kat atas tu memang lawo.
Belakang tu pokok cherry blossom. Tapi tak berapa nak nampak la sebab die kaler puteh.



Sila la gantung padlock2 tu. Aku tak koser haihhhh!!



Tapi seriouslah, atas tu memang lawa.
sejuk nyaman jek.
rasa tamak pulak nak sedut oksigen atas tu.
pastu, cherry blossom pon banyak lagi sepah2.
Puas hati giler!!!
Jom ler tengok gambo.
Penat lak nak type byk2..hehee

Background tu cherry blossom yang dah tua. Beso kemain pokok die.


 Nie kalo bawak dslr bapak gajah aku tu, sure gambo cantik meletop pom2.
Pakkal je berat tak koser nak gantung kat leher bawak kulur kilir.



Cherry blossom lagi


 Time macam sekarang banyak cherry blossom kaler putih. Yang kaler pink2 banyak dah gugur.


 Nie ada lagi. Tangan aku kemain ngade nak capai petik bunga tu.
Sekali je Kak Long jerit. Tepanjat aku. Die cakap, nak jatuh bawah tu ke?
bawah tu kan gaung...huhuu


Suke bunga putih belakang tu. Pokok die macam pokok lalang.


 Niat asal nak naik atas tu. Duit ticket pon dah ketepikan. 
Tapi bila pikir naik atas tu kalo malam2 lawo la kan?
Kalo siang tak berapa best sangat.


Lawa kan? Kalo malam lagi lawa. Ada lampu2.


Kitorang pegi gatal menapak turun bukit nie. Konon2 nak jalan tengok pokok2 lawa
bawah tu. Pemandangan memang cantik. Tapi bila nak naik atas balik, ya ampunnnn. Sesak nafas
weyyyy. Even nampak bukit tu landai je kan? Tapi kudrat nak guna tu..adoyaiii..
Kalo korang tak naik cable car. Korang kena daki bukit nie la. Bawah tu ada bus stop.



Last gambo kitorang amek before  balik. Masa nie dah pukul 5pm dah.
Acah2 sweet je ngan background cherry blossom tu. Suke!!


Abis dah cite Namsan Tower.
Tak banyak sangat  nak cite.
Sebab die gitu2 je..hahahaa

Kalo tengok blog orang lain,
kemain banyak snap pic ngan padlock tu.
Tapi aku punye blog tamo snap pic benda besi tu.
sikit2 dah la kan..hahaa

Kalo zaman bercinta sure aku pon terjebak gantung benda padlock tu.
masalahnye tak bercinta kan.
ceritanye pandang je la.
dalam hati cakap, sukati korang laaa...

Around 6pm kitorang sampai balik kat Myeongdong.
ronda2 jap kat situ before balik guesthouse.

Dah macam rutin,
sampai guesthouse, mandi pastu makan.

Dah siap semua, balik bilik, sembang2 jap pastu dua2 ketiduran.
penat siot.
Kaki sakit lagi berjalan non stop.

Yer2 jek nak pegi Itaewon.
Ujung2 Itaewon dalam mimpi je la.

Okay stop dulu.
Nanti sambung balik entry pegi Castle yang cite Scarlet Heart tu..weehuuu!!!


Tata







No comments:

Post a Comment